Showing posts with label #IsuKepenggunaan. Show all posts
Showing posts with label #IsuKepenggunaan. Show all posts

Saturday, 24 February 2018

KPDNKK

Kepenggunaan




1.Apakah Cara Bagi Meningkatkan Kesedaran Kepenggunaan?

Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:


  • Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
  • Mengubah tanggapan negatif kepada positif
  • Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan
  • Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
  • Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
  • Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
  • Tahu hak dan tanggungjawab pengguna



2.Apakah Hak-Hak Pengguna?

  • Hak untuk mendapat keperluan asas
  • Hak untuk membuat pilihan
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat



3.Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?


  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal.
  • Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang
  • Nama sebutan sebenar barangan yang dijual
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik.
  • Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya
  • Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan
  • Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya.
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kayak-kanak.



4.Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak?

Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:


  • Membeli barangan berkualiti
  • Membuat perbandingan harga
  • Memilih perkhidmatan terbaik
  • Membuat pilihan yang tepat


5.Jika Harga Barangan Tinggi, Tidak Berkualiti. Apakah Tindakan Yang Perlu Dilakukan?

Pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:

Talian aduan pengguna (bebas tol)
1 – 800 – 886 – 800


  • SMS Aduan 32255
  • Layari portal rasmi KPDNKK untuk membuat aduan
  • http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/


6.Pada Kebiasaan, Dalam Apa Cara Seseorang Pengguna Ditipu?


  • Penipuan harga termasuk harga barang tinggi
  • Tanda halal palsu
  • Penipuan alat timbang dan sukat
  • Skim cepat kaya
  • Gores dan menang
  • Ubat-ubatan tiruan
  • Barang tiruan
  • Tiada tanda harga
  • Jualan langsung
  • Penipuan perjanjian sewa beli

Thursday, 15 February 2018

MEMAHAMKAN PELAJAR ISU KEPENGGUNAAN

Memahamkan Pelajar Isu Kepenggunaan


PROGRAM Kids@Kepenggunaan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

MENYEDARI kepentingan ilmu berkaitan kepenggunaan dan cetak rompak amat penting, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil inisiatif menganjurkan Program Kids@Kepenggunaan di sekolah rendah baru-baru ini.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor,seramai 1,500 murid-murid di sekolah itu didedahkan dengan isu-isu kepenggunaan.

Pelancaran pertama program yang sama diadakan di Sekolah Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur pada bulan November lalu.

Dalam program berkenaan,

KOS HIDUP PERHANGAT ISU KEPENGGUNA

Kos hidup perhangat isu kepenggunaan




Peningkatan kos sara hidup, yang menjadi isu popular sepanjang tahun 2014, dihangatkan dengan isu-isu kepenggunaan berikutan turun naik harga barang, selain langkah kerajaan merasionalisasi


subsidi serta cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Langkah mengurangkan subsidi pukal secara

PROGRAM FIT MALAYSIA

Asslamualaikum dan salam ceria . Hari ini saya ingin berkongsi gambar program FIT MALAYSIA yang pernah saya ikuti pada 7 April 2018 yang la...