Di sini ada sedikit perkongsian tentang apa yang telah di pelajari semasa level 2 dalam kos Computer System 2012...
KAEDAH PENYELENGGARAAN UNIT SISTEM.
Definisi Penyelenggaraan
*Penyelenggaraan adalah satu langkah yang di lakukan ke atas sistem komputer supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan komputer daripada menghadapi masalah teknikal yang kecil atau serius.
Kebaikan & Kepentingan Penyelenggaraan Komputer
- Menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli atau membaik pulih perkakasan yang rosak.
- Mengurangkan atau mengelakkan kerosakan kecil.
- Memanjangkan jangka hayat komputer.
- Memanjangkan jangka hayat perkakasan aksesori komputer.
1. Penyelenggaraan Cegahan Pasif.
*Penyelenggaraan ini di lakukan untuk mengelakkan berlakunya gangguan sekeliling terhadap perjalanan sesebuah komputer.
*Antara gangguan sekeliling yang biasa berlaku ialah:
- Bekalan kuasa rendah.
cara mengatasinya: dengan menggunakan AVR(Automatic Voltage Regulator). Alat ini dapat melaraskan voltan ke luaran kpd voltan yang tetap iaitu 20v pada setiap masa.
- Spike(bekalan kuasa meninggi secara tiba-tiba).
- Kepanasan/Haba
cara mengatasinya: dengan menyediakan sistem pengudaraan yang sesuai pada unit sistem dan bilik berkenaan iaitu dengan penggunaan heatsink dan sistem fan serta pemasangan hawa dingin dan kipas angin di dalam bilik berkenaan.
- Bekalan Kuasa Terputus(blackout)
cara mengatasinya: dengan menggunakan UPS(Unintruptible Power Supply) dapat beroperasi sebagai bekalan kuasa bantuan kepada sistem.
- Debu/Habuk.
cara mengatasinya: dengan memastikan bilik komputer selalu berkunci dan di vakum serta di bersihkan selalu . Pastikan juga makanan dan minuman tidak di bawa masuk ke dalam bilik komputer.
2. Penyelenggaraan Cegahan Aktif
*Penyelenggaraan ini di lakukan dengan menjalankan ujian-ujian yang telah di tetapkan dan juga pembersihan pada perkakasan dan kad-kad utama bagi memastikan kefungsian perkakasan di samping akan memanjangkan jangka hayat komputer.
*Penyelenggaraan boleh dilakukan dalam tempoh 1 minggu,3 bulan,6 bulan atau 1 tahun sekali.
*Penyelenggaraan Komputer.
-semasa penyelenggaraan di lakukan pastikan perkara berikut di patuhi agar tidak mendatangkan masalah
- kepada komputer dan diri sendiri.Antaranya ialah:
- Tempat penyelenggaraan hendaklah sesuai.
- Sila pakai Anti Static Wrist Wrap untuk mengalirkan cas ke bumi.
- Pastikan anda mengenalpasti kedudukan asal perkakasan sebelum di buka.
- Kenalpasti kedudukan pin-pin bagi memudahkan pemasangan semula.
- Pastikan anda mempunyai user manual main board untuk rujukan jika berlaku sebarang masalah.
*Bahagian Komputer Yang Perlu Diselenggara.
- mainboard
- tetikus( mouse)
- floppy disk drive
- hard disk (hdd)
- cd rom drive
- nic card
- vga
- sound card
- keyboard
- power supply
- cpu heat sink dan fan
- *Bahan yang di gunakan untuk senggara komputer.
- vakum cleaner/blower-menyedut & menghilangkan kekotoran seperti habuk pada mainboard,kad-kad tambahan.
- kain pengelap/span-mengelap kotoran di sekeliling casing
- berus cat-menyapu & membuang habuk
- cecair pencuci-sebagai peluntur di bahagian luaran seperti casing
- putik kapas-membersihkan kotoran di pemacu cakera liut.
- pemadam pensil-membersihkan kotoran di bahagian pengalir arus seperti RAM
- set pembersih pemacu cakera liut
- set pembersih pemacu cd rom
- set toolkit(multimeter,screwdriver dll)
SUMBER : Akma Peace
No comments:
Post a Comment